There was an error in this gadget

Saturday, May 22, 2010

Bicara Kaum Ibu



Sememangnya ibu terlalu peka terhadap serba-serbi tentang anak-anaknya. Apa yang berubah sama ada perangai ataupun pada fizikal anaknya,tercalar kulit,berkudis, berdaki semua ibu yang perasan.
Seorang ibu yang mempunyai anak yang akan ke alam remaja pernah memberitahu. Suatu pagi semasa masuk ke bilik anak lelaki yang baru Tahun 6 untuk mengemas. Matanya tertumpu pada gebar dan cadar yang melekat tompokan. Dia tersenyum, agaknya anaknya sudah mulai melalui alam baru. Apabila diangkat gebar, dia ketawa sendirian, rupa-rupanya terdapat botol gam yang terbuka penutupnya. Melimpah gam keluar melekat pada cadar dan gebar.
Semasa menunggu anak di luar sekolah, seorang ibu memberitahu dia ditanya oleh seorang ibu yang lain tentang kriteria calon menantunya. Katanya, dia suka menantu lelaki yang baik, solat dan bla...bla...menantu perempuan yang boleh rapat dengannya. Katanya, ibu yang bertanya itu memberitahunya yang dia mahukan menantu 'orang PAS'. Komen ibu tadi,dia pilih yang bersolat kalau orang Pas yang tidak bersolat tidak ingin bermenantu dia.
Itulah antara bicara kaum ibu yang sempat saya dengar dalam dua hari ini.

4 comments:

melatidaisy said...

salam,

semua ibu inginkan yg terbaik utk anaknya, sejak awl kandungan lg si ibu sudah menganyam impian dan seterusnya bila lahir si anak, si ibu sudah sedia utk mendidik anak2nya mengikut acuan yg di impikan.sebagai anak,seharusnya cuba sedaya upaya utk penuhi segala kemahuan dan kehendak si ibu kerana semestinya pilihan ibu adalah yg trbaik utk kita, dan dengan memenuhi kehendaknya setidak2 nya kita tlah cuba utk mmbalas penat jerihnya meskipun tidak terbalas, yg penting cuba sedaya upaya utk membahagiakan mereka :)

pokmudo said...

Melatidaisy: Alhamdulillah, anda seorang anak dan insya-Allah ibu yang solehah. Amin.

Cikli said...

laku juga ore pas nih...

pokmudo said...

Cikli: teringat ko saing aku masa form 5 dulu, namanya Paskhalid ore Kuala Nal. Mungkin ayah dia kuat Pas...(?).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...