There was an error in this gadget

Sunday, August 23, 2009

Hargailah Ibadat Puasa










Alhamdulillah! Tak sangka, anak lelaki Pok Muda yang berada di Tahun Satu sudah berpuasa tanpa merengek. Pada mulanya risau juga apabila Umminya sering merungut risau, "Hai! macam mana nak suruh lekat puasa Abang Ngah ni? Asyik-asyik minta air".
Pada hari pertama, dia hanya bersahur segelas Milo Susu. Tetapi alhamdulillah berjaya dia bertahan sampai waktu berbuka walaupun asyik tidur aje. Semalam dan hari ini sudah mula aktif, menolong Umminya membasuh gebar. Pada waktu malamnya pula, masing-masing sibuk ingin berterawih di masjid~ suatu perubahan yang positif.
Inilah meriahnya puasa, kanak-kanak sudah turut mewarnai kenikmatan ibadat puasa. Apa yang difardukan Allah itu adalah yang terbaik untuk hamba-Nya. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk menutup setiap kelemahan kita. Wallahu 'alam.

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...
Control hensem abang ngah... tergugat ke dah ada adik Mubasyir.. hee..hee
Apapun tahniah untuk abang ngah...

Moksu

Cikli said...

pong anak butir nampak...

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy said...

Mcm nilah sepatutnya tarbiyah terhadap anak2. Bermula sejak kecil lagi barulah dia akan menjadi sebati bila dah besar. Bagus betul cara pok muda ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...