Tuesday, July 21, 2009

Bapa Kami Wira Kami


Pada 26 Julai ini genaplah 7 tahun pemergian arwah chik (bapa). Patutlah dua tiga minggu ini arwah chik asyik bertandang dalam mimpiku. Namun, tiada dialognya hanya hadir bersama keluarga dan di pengakhiran mimpi berlalu meninggalkan kami.

Bapa semasa hayatnya seorang yang tegas tetapi penyayang. Semasa kami kanak-kanak tidak pernah kami melihatnya melawak dengan anak-anak tetapi semasa kami dewasa barulah kami dapat melihat lawaknya,malahan sama-sama berkongsi lawak dengannya. Mungkin dahulu, bapa tiada masa berlawak kerana sibuk membanting tulang bagi menyara kami sekeluarga. Bapa agak pendiam bila berada di luar rumah, dia suka berkongsi cerita bersama-sama anak-anaknya.

Sebenarnya, pejuangan bapa dalam politik Islam turut kukagumi. Walaupun bapa tidak tahu membaca dan menulis tetapi istiqamahnya dalam wadah perjuangan Islam kental. Tahun 60-an dan 70-an dahulu pernah ku terjumpa dalam laci sekeping kertas yang memberi autoriti kepada bapa sebagai polling agent. Sepanjang hayatnya, setahuku bapa tidak pernah mengundi wadah sekular. Malahan bapa selalu berpesan kepada mak pada pagi hari mengundi supaya memilih wadah Islam.

Terlalu banyak kenangan kami bersama arwah bapa. Doa kami, semoga Allah ta'ala tempatkan roh bapa bersama-sama golongan orang-orang yang beriman dan diredhai-Nya. Amin!

3 comments:

Cikli said...

bila mak dah faham, yuran keahlian parti mak tak lupa setelkan setiap tahun termasuk yuran ayah dan pokmudo sekali.

alFatihah utk ayah. semoga menjadi ahli jannah. amin.

abah aman said...

Salam pokmudo,
Begitulah seorang ayah...

Anonymous said...

alfatihah tuk tok chik..
rindunyer kat tok chik
lama xlawat kubur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...