Tuesday, March 10, 2009

Semua Bertanggungjawab


Selalunya saya melihat mat-mat lentuk atau mat-mat gian melalui televisyen. Tetapi semenjak kembali bertugas di kampung halaman sendiri ini, semua mat-mat ini lentuk-lentuk di hadapan mata. Seorang mat gian yang saya kenal sewaktu remaja lagi melentuk-lentuk sambil berdiri. Keadaannya masih khayal. Fenomena tidak sihat ini berlaku di sebelah rumah ibu saya, turut disaksikan oleh anak-anak saya, anak saudara saya yang masih kanak-kanak. Alahai, bila situasi ini boleh berubah?

Lelaki tadi sudah berusia dalam pertengahan 40-an, sudah mempunyai keluarga dan anak-anak yang dibangku sekolah. Macam mana dia menguruskan keluarganya? fikirku. Sememangnya, dia terlibat dengan penagihan ini sewaktu remaja lagi tetapi saya tidak pernah lihat keadaannya seperti sekarang. Mengapa sekarang dia begitu berani menagih di khalayak ramai?

Sebelum ini, sudah dua orang rakan penagihnya telah meninggal dunia. Namun, semua itu tidak memberi kesan kepada mereka.

Saya dengar cerita dari seorang sahabat, kebanyakan orang tidak mahu lapor kepada pihak berkuasa kerana apabila diserbu, pihak berkuasa akan memberitahu para penagih yang mereka menerima laporan daripada si fulan bin si fulan. Tiada rahsia, jadi para penagih berkemungkinan akan membalas dendam dengan memusnahkan harta benda si pengadu. Betulkah begitu? Hanya pihak yang bertanggungjawab yang mengetahui kebenaran dakwaan itu.

Pada saya, tiada pendekatan yang relevan bagi menangani gejala ini selain daripada pendekatan yang telah diwartakan oleh Allah S.W.T melalui al-quran. Malangnya, orang yang mengucap dua kalimah syahadah dan kitab-kitab beralmari serta berkelulusan tinggi dalam berbagai bidang keagamaan sendiri yang tidak menyokongnya. Kenapa saya kata begitu? Sepatutnya, bila ada pihak yang mampu membentuk kerajaan walaupun hanya kerajaan negeri dan bercita-cita mendaulat dan melaksanakan undang-undang yang telah dimaktubkan oleh Allah ta'ala maka sewajibnya kita turut menyokong serta memberi pandangan yang positif bagi merealisasikan cita-cita murni tersebut bukan menghentam dan mencari silap bagi membantutkan usaha itu. Tetapi mencari silap bagi menyempurnakan tuntutan itu.

3 comments:

Cikli said...

negeri pun kena kurangkan politiking. jgn harapka polis dan agensi federal saja.

Unknown said...

hak asas, mak bapak kena jaga anak masing-masing dari kkecik lagi. banyak jadi masalah kerana mak bapak
i. tak ccara ko anak, nasihat pun tidak, tegur pun tidak.
ii. sayang sayang ko anak, ikut anak jah. anak nak motor, beli motor. anak tak snonoh pun tak marah takut anak kecik hati.

pokmudo said...

PNK:Kembali kepada Allah, itulah sebaik2 kaedah asuhan. Bekeng sangatpun tak leh...he3x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...