Saturday, March 14, 2009

Inikah Identiti Seorang Guru?


Minggu lepas, anak lelaki saya yang baru Tahun Satu membuat kerja rumahnya, matematik. Dia tampal kertas yang bergambar di buku tulisnya. Apabila dia lihat gambar yang ditampalnya tidak memenuhi piawaian gurunya, dia cuba membuang kembali. Malangnya, buku tulisnya koyak. Dia meraung-raung dan menangis menagih simpati, saya menghampirinya dan menolongnya. Saya tampal gambar tadi di atas koyakan buku tulisnya itu yang pada permulaannya dia turut bersetuju. Apabila sudah siap, anak lelaki saya melihat posisi gambar yang ditampal tadi masih tidak memenuhi piawaian gurunya. Dia mula menangis lagi, saya memujuknya dengan penuh bermotivasi yang kadangkala turut beremosi. Dia masih tidak bersetuju dan menangis-nangis.

"Abang tidak mahu pergi sekolah! Cikgu ni garang, nanti dia koyak buku Abang" Protesnya. Saya berhempas pulas meredakan keadaan tetapi tidaklah sampai memulaskan telinganya cuma kadangkala melepaskan vokal "rock" yang tersimpan.

Dia akhirnya bersetuju.

Keesokan harinya semasa saya menghantar dia di pintu pagar sekolah, seorang rakan saya pada masa kanak-kanak meluru kepada anak lelaki saya sambil bersuara;

"Mustaqim, buku matematik tinggal di sekolah ke?Malam tadi Hadi menangis kerana tidak jumpa buku matematik."

Hadi anak kenalan saya semasa kecil itu satu kelas dengan anak saya. Anak saya hanya mengeleng-geleng kepala.

"Dah cari di kelasnya tapi tiada", sambungnya sambil kembali ke dalam sekolah.

Anak saya mula menitiskan air mata kembali.

"Kenapa ni?" Soal saya.

"Nanti cikgu marah tampal gambar tidak ikut garisan tepi buku. Buku kawan abang dah kena koyak" Air matanya bertali-tali.

"Dah! dah...masuk sekolah... nanti kalau cikgu marah ... cakap abah yang tampal..."

Pada waktu tengah hari, semasa saya sedang menunggu untuk menjemputnya pulang. Seorang ibu bercerita yang anaknya takut ke sekolah kerana guru matematiknya garang. Seorang bapa turut menambah dengan mengatakan anaknyapun berkelakuan demikian. Dalam hati saya berdetik, "Hai garangnya guru ni..."

Semasa menaiki kenderaan hendak pulang, anak perempuan saya yang di Tahun Tiga bersuara,

"Abah! tadi cikgu Bahasa Melayu menolak kepala Abang Ngah sebab dia menulis lambat"

"Abang tulis lambat sebab pencil Abang tumpul" bantah anak lelakiku.

Semasa di rumah, anak lelakiku bercerita kepada umminya,

"Cikgu Bahasa Melayu tu masa perhimpunan sedap sangat bercakap, dia kata dia anggap murid-murid ni macam anak dia sendiri"

Umminya hanya tersenyum.

Harian Metro, 14 Mac 2009 melaporkan tentang seorang murid Tahun Dua di tampar sehingga berbirat merah di belakang. Ini baru sekolah rendah yang mana murid-muridnya di bawah umur 12 tahun. Seorang pakar motivasi mengatakan bahawa anak-anak tidak melihat apa yang dikatakan kepada mereka tetapi melihat apa yang dibuat oleh kedua ibu bapa mereka, malahan yang dibuat oleh guru mereka.

5 comments:

Cikli said...

cikgu matematik tu stress sebab kena mengajar dalam bahasa inggeris.

cikgu bahasa melayu tu stress sebab bahasa melayu hilang kedaulatan.

semua cikgu stress sebab bahang ketua mereka stress nak bertanding naib presiden umno.

sebagai bekas ketua pengawas skbg, aku rasa terpanggil untuk memulihkan keadaan ini...

pokmudo said...

cikli:bravo

Anonymous said...

Tu la nasib cikgu... salah sorang semua kena...
Cuba tengok dari sudut guru lak.. mana tak stressnya, murid-murid sekarang ni keras pala, tak dengar cakap cikgu.. sekolah rendah pun dah pandai ugut cikgu..."cikgu berani ke pukul saya, nanti bapa saya marah..." lu fikir la sendiri... ,kata Nabil.
-Moksu

pokmudo said...

Moksu:Ini murid Tahun Satu. Pok Muda kenal Mustaqim...disebabkan menulis lambat sikit, pala dia kena tojoh

ctkini said...

cian ko mustaqim sbb tulis lambat pun keno tolak palo.cikgu tu make sarang tebuan kot...mari kolah cni la,cikgu cni suruh buat rama2 jadi cacing pun tak pa,...[wah,so nice]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...