Tuesday, September 6, 2011

Di Sebalik Kemerdekaan Negara...


Seawal tahun 80-an lagi saya mendengar ceramah Mat Sabu dan rasa saya tiada yang berbeza dengan ceramah-ceramah beliau kini. Cuma yang berbeza jawatan yang disandang beliau kini. Perbandingan dan kaitan beliau dalam isu-isu semasa tetap sama macam dulu, biar sambutan kemerdekaan itu dikongsi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman atau kepentingan politik semata-mata.
Pada saya, isu ini sengaja diperbesarkan apabila seseorang itu ada kepentingan walaupun tahu ianya bukan apa yang dimaksudkan oleh Mat Sabu.Tentu ada hikmat di sebalik semua itu dan jika kita ikhlas kerana Allah, maka Allah tetap bersama kita. Serangan ini pada saya kerana Mat Sabu sekarang merupakan Timbalan Presiden PAS. Dengan kata lain sengaja untuk mencari kebencian rakyat pada PAS.
Apa yang saya nampak, mereka gagal apabila menyerang melalui agama maka mereka ingin menyerang melalui fakta-fakta sejarah pula. Maka sekarang ni pakar-pakar sejarah mula diserbu...
Wallahu 'alam.

2 comments:

Cikli said...

aku masa di perak dulu pernah dipanggil pakar sejarah.

kawan aku sorang tu, aku panggil pakar sain. bukan sains tetapi pakar tiru sain bos. iso punya pasal.

pokmudo said...

hilirrr....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...