Monday, January 18, 2010
Tiada Lagi Keindahan Itu
Saya tidak pernah jumpa kanak-kanak sekarang menggosok dan menenyeh-nenyeh wang syiling dengan tumit kaki ke tanah. Saya juga tidak jumpa lagi kanak-kanak sekarang bermain kereta buatan sendiri dengan berodakan tin-tin susu pekat manis dengan berchasiskan kayu serta nutnya getah urat atau tudung tin Milo dipaku pada sebatang kayu. Tiada kedengaran lagi mainan 'bedil buluh peleting' dengan berpelurukan buah cenerai. Semua itu mungkin telah menjadi sejarah. Kanak-kanak sekarang lebih gemar bermain 'games'melalui internet atau melalui media-media elektronik lainnya.
Kalau semasa saya kanak-kanak dahulu, alangkah seronok berada di atas bajak yang ditarik oleh kerbau di dalam petak sawah. Alangkah segar bau padi masak yang ditiup angin semasa di atas dangar (pondok di bendang atau ditengah bendang). Alangkah merdu bunyi tin-tin susu pekat manis yang dicucuk dan diikat di sebatang galah lalu dipacak di tengah sawah bergendang kerana berasak sesama sendiri apabila ditarik tali yang mengikatnya. Indahnya, beburung yang bertempiaran apabila dikejutkan oleh kawanan tin-tin yang berleter panjang.
Kini tiada lagi keindahan itu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
best main senapang teromanggor
tandanya pok mudo dah tuo..
Cikli: 2,3 hari lalu 3 orang kanak-kanak dilihat sedang mengadap tahi lembu di tengah jalan.seorang daripadanya menembak tahi lembu itu dengan menggunakan pistol mainan yang pelurunya bilah plastik. Lalu tempias tahi lembu mengenai mereka. Kalau dahulu, kanak-kanak menyumbat mercun lalu lari bersembunyi.Apabila mercun meletup maka bersembur najis itu dan ada yang melekat di rambut, belakang dan lainnya. Itulah dunia kanak-kanak.
AyohNik: :)
Post a Comment