Wednesday, December 19, 2012
Apabila ahli agama rela "ditumpangkan"
Bila sudah dekat pilihanraya, semua berita meloyakan...hampas. Apa yang menyedihkan orang yang dipandang tinggi dalam agama dan diberi penghormatan oleh masyarakat turut "rela ditumpangkan sekali".
Tuesday, August 28, 2012
APABILA JAHAT MANUSIA MELEBIHI IBLIS
Sejahat-jahat iblis,dia pun takut berdampingan apatah lagi duduk dekat dengan manusia yang sewenang-sewenang memperlekeh dan mempermain-mainkan hukum Allah. Takut laknat Allah turut menimpanya. WALLAHU 'ALAM...
Wednesday, June 20, 2012
ALLAHU AKBAR
Allahu akbar...kalimah yang selalu diulang-ulang sama ada di dalam solat atau di luar solat agar kita merasa kekerdilan kita. Wallahu 'alam...
Monday, May 14, 2012
Berani Kerana Benar: Tahniah DS Nizar
Saya bangga dengan DS Nizar, 'berani kerana benar'. Nampaknya orang yang bagi ceramah itu 'takut kerana salah'. DS Nizar cuma hendak dengar apa yang dikatakan dirinya berbohong dan ingin muhasabah diri. Sepatutnya pihak yang menganjurkan ceramah mengalu-alukan kedatangan DS Nizar bukan menghalau. Ini untuk membuktikan dakwaan mereka betul.
Monday, April 23, 2012
Utamakan Amanah Allah dan Rakyat
Sejak tahun 1985 lagi saya ahli dan penyokong PAS. Berbagai pahit manis telah dilalui. Apa yang penting bagi saya perjuangan bagi mendaulatkan Islam.
Saya rasa PAS perlu serius dalam memilih calon-calon DUN atau MPnya. Tradisi tangkap muat calon dengan memberi peluang kepada individu yang mempunyai populariti dari berbagai bidang rasanya tidak sesuai. Setiap calon membawa amanah Allah dan rakyat. Jangan gadaikan undi kami pada individu yang masih diragui. Jangan ulangi sepertimana terjadinya di Parlimen Pasir Mas.
Tuesday, February 28, 2012
Pahit Itu Ubat

Telan saja ler walaupun pahit, mungkin itu terbaik untuk kita. Ngapa dihuru-hara dan diharu-birukan benda-benda yang boleh dibawa berbincang? Memang kita sengaja memberi peluang kepada seteru-seteru yang sentiasa menunggu untuk menghancurkan jemaah kita. Kata perjuangan kita kerana Allah, jadi redhalah apa-apa yang tidak sama macam yang kita mahu. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan, maka terimalah seadanya.
Wednesday, February 22, 2012
Ada Juga Tidak Cerdiknya...
Apabila nafsu menguasai akal maka...
Wang rakyat yang hendak diagihkan semula kepada rakyat dipolitikkan.
Hasil negeri yang diperintah oleh warna politik lain dirampas namun pembangunan yang menjadi kewajipan dipinggirkan.
Berbangga dan tanpa segan silu melondehkan tentang kemiskinan negeri yang diperintah oleh warna lain tanpa sedar yang sebenarnya dia melondehkan kainnya sendiri.
Wang rakyat yang hendak diagihkan semula kepada rakyat dipolitikkan.
Hasil negeri yang diperintah oleh warna politik lain dirampas namun pembangunan yang menjadi kewajipan dipinggirkan.
Berbangga dan tanpa segan silu melondehkan tentang kemiskinan negeri yang diperintah oleh warna lain tanpa sedar yang sebenarnya dia melondehkan kainnya sendiri.
Sunday, February 12, 2012
Makin Hampirnya PRU13
Apabila isu-isu kecil mula dibesar-besarkan dan ditokok tambah pula dengan rempah ratus fitnah, lantas banyaknya majlis penyerahan bantuan kepada rakyat maka itulah tanda-tandanya rakyat mula hendak diperbudak-budakkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)