Pusing kanan, pusing kiri, dongak ke atas dan tunduk ke bawah semua bercerita tentang harga keperluan harian yang semakin mahal. Naik...naik... tidak turun. Bulan lepas harga lain, bulan ini harga lain yang semakin tinggi. Kicap, biskut dan apa-apa lagi naik. Akhbar hari ini melaporkan yang harga gula akan dinaikkan bulan hadapan, selepas Tahun Baru Cina. Naik lagi!
Rungut seorang lelaki semasa di Kedai Gunting, "Hai, KPDN & HEP buat kerja apa, barang makin sehari makin naik, mana janji nak bela rakyat?"
Pak Mat, Mak Timah, Pak Soh, Pak Sin, Kak yah dan berbagai nama lagi yang membanting tulang empat kerat, mencurah keringat dengan pulangan yang tidak menentu, yang kemudian diagih-agihkan untuk makanan harian, keperluan anak-anak sekolah dan berbagai keperluan lagi, macam mana agaknya? Apa peranan yang diambil dan dimainkan oleh 'Majlis' yang dibiayai oleh rakyat dan diwujudkan untuk mengawal harga dalam isu ini.
Harga minyak turun macam 'gajah turun minyak' mengamuk dan meranapkan berbagai tanaman, rumah kediaman yang merugikan. Malahan turut memijak manusia.
Parlimen Malaysia sepatutnya memanggil Sidang Khas bagi membincangkan harga barang yang tidak reti-reti hendak turun ini. Bila ini dilakukan baharulah nampak prihatinnya kepada rakyat yang makan nasi dengan beras kelas rendah.
6 comments:
tunggu prk (baca: yb mati) lagi. preferably di negeri sembilan.
salam ,
syukrn for the ziarah. ya benar, negara kita mungkin sedang mencontohi negara2 asia yang lain, berlumba2 mahu menaikkan harga. Ridiculous. Saya rasa, dan saya kira, semua ahli parlimen ini wajib mengambil subject economy dan sociology sebelum menjadi MB!
Cikli:???...nanti kita semak
Fakhzan Marwan:Sama2. Contoh yang boleh manfaatkan rakyat, terutama golongan yang dhaif saja ok la, bukan yang membebankan. Ya, terutamanya disiplin ilmu yang dapat mengawal emosi supaya tidak bertumbuk di dalam DUN 2 Parlimen.
Pokmudo,
Jahat israel embargo rakyat palestine...
Fakhzan,
Pasai amik subjek ekonomi la hok dok berebut nok jadi YB tu. Baru belajar formula ekonomi YB=emas+perak+intan+berlian cikgu doh mati. takdan khatam.
CankerSaurus
salam..kelate kito..
CankerSaurus : Sudah tercatat dalam al-Quran
Afiti: Salam. Islam itu universal
Post a Comment