Thursday, April 2, 2015
KEJUTAN GST
Kelmarin aku singgah di kedai telefon,
tauke berbangsa cina menggeleng-geleng,
gadis melayu pekerjanya mengomel-ngomel,
kawanku yang membeli sebuah telefon bimbit membeliakkan biji mata,
aku yang membeli sim kad tergagau-gagau,
semuanya kerana GST.
Pada saat pak menteri membebel di kaca televisyen,
GST tak akan bungkuskan IKS,
seorang jiranku yang bekerja di IKS membuat kerepek pisang,
dengan muka suram dan kelat memberitahu,
dia kehilangan kerjanya,
taukenya telah tiada minat untuk meneruskan perniagaannya lagi.
Hari ini,
ke mana kakiku melangkah,
di situ ada ulasan GST,
semuanya hambar,
Aku semakin keliru,
kalau GST membantu rakyat,
kenapa harga melambung,
kenapa semua rakyat sanggup menyerbu ke kedai pada malam 1 April 2015,
semua barang di kedai habis diborong.
Aku bingung ...
GST... GST...
gas memasak naik harga,
kos penghantarannya ke rumah pun naik.
GST?
Aku menjadi semakin keliru,
Semua orang keliru...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
celako amenu
Post a Comment