Tuesday, May 24, 2011

Untuk Siapa ?


Jangan jadikan undang-undang atau peraturan yang dikuatkuasakan itu seperti sarang labah-labah. Yang kecil melintas terlekat, manakala yang besar melintas, rosak dan pecahlah ia.
Jika begitu, maka untuk siapa ia digubalkan?

Sunday, May 15, 2011

Apa Yang Dilihat...Apa Yang Didengar...


Minggu lepas, sempat saya membuka bicara dengan salah seorang anak saudara perempuan saya yang terkenal dengan 'komitmen' dan 'keteraturan hidupnya', usianya baru 10 tahun. Anak saudara saya ini sesuai sekiranya diberi peluang menjadi juri dalam setiap program realiti. Komennya pedas...
Apabila dia menceritakan tentang pencapaiannya di sekolah,saya mula memancing dengan pelbagai soalan mudah.
"Orang menjadi anak murid kesayangan guru matematik semasa Tahun Tiga dulu Pak Muda..." Beritahunya tanpa ditanya.
"Ye? kelasss..." saya mula men'jack'.
"Sal tahu ke yang abah Sal dulu selalu dapat nombor 1 dalam kelas?"
"Tak...abah tak cakap..."
"Sal tahu abah Sal dulu belajar kat luar negara?"
"Tahu...kat UK, orang tengok gambar abah masa main salji"
"Pak Muda?"
"Ya"
"Betul ke...abah cakap Ayahnik dulu belajar kat Amerika?" Soal Salsabila tiba-tiba tentang adik lelaki saya yang seorang lagi.
"Ya"
"Kat Amerika ada universiti ke?" Soalnya lagi. Dahinya dikerutkan.
"Kenapa?" Kini giliran saya pula menyoalnya.
"Amerikakan selalu perang jer..." protesnya...
Saya hanya terdiam dan tersenyum.

Tuesday, May 10, 2011

Pandi Kutty...!!!

Dulu saya pernah juga belajar sepatah dua bahasa tamil. Jadi tahulah macam mana nak ajak makan, nak tegur sapa.
Tanpa disangka-sangka, hari ini sepatah perkataan pula saya dapat ..."pandi kutty"

Wednesday, May 4, 2011

Mungkin Hanya Sekadar Retorik


Apabila terpapar dan heboh tentang pelbagai perkara yang dicanangkan sebagai isu.Maka masing-masing ghairah mengeluarkan pendapat dan pandangan kononnya atas kapasiti dan kepakaran masing-masing. Tokoh A kata putih, tokoh B kata hitam, Pak Leh kata manis, Pak Mud kat tawar, Mak Som kata cair, Kak Tom kata pekat dan bermacam-macam komen lagi. Namun, masalah dan isu masih berpanjangan dan tiada penyelesaiannya. Malahan semakin kusut masai.
Wallahu 'alam.

Wednesday, April 27, 2011

Tiadakah Sekelumit Sesal...?


Sesama muslim itu adalah bersaudara, jadi tergamakkah kita membuka keaiban orang lain demi keangkuhan dan kerakusan kita? Atau demi kelancaran dan kelicinan laluan kita mengejar kemewahan hidup?
Sungguhpun apa yg kita dedah dan hebohkan itu benar, kita tidak sepatutnya mengaibkannya sedemikian rupa. Ada kaedahnya bagi kita menolong saudara kita itu dari menghentikan perbuatannya itu.Seandainya segala pendedahan dan hebohan kita itu salah dan tidak betul, maka kita telah menfitnah saudara kita itu. Besar dosanya.
Teringat saya pada cerita seorang ustaz tentang kisah penumpang-penumpang bahtera Nabi Nuh. Kisah anjing yang langgar pesanan Nabi Nuh dan kisah kucing yang bercerita tentang perlakuan anjing itu, yang dikira sebagai membuka keaiban orang lain. Wallahu 'alam.

Saturday, April 23, 2011

Ingat 5 Perkara Sebelum Sampainya 5 Perkara : ...Hidup Sebelum Mati


Semalam, semasa saya baru pijak anak tangga pertama tangga panjang untuk ke atas bumbung rumah, saya didatangi oleh seorang bapa saudara saya (saya panggilnya Pak De. Pak De meminta saya menghubungi adik ipar saya bagi mendapatkan maklumat tentang ukuran panjang liang lahad yang akan disediakan bagi si mati, iaitu sepupu adik ipar saya. Pesan Pak De lagi, sakit si mati juga penggali kubur ingin tahu. Seperti yang terlintas di kepala saya, Pak De menghuraikan tanpa diminta, "Bukan apa...kalau sakit HIV tu...kuburnya akan digali jauh sedikit daripada kubur-kubur lain."
Saya teringat 23 tahun yang lalu semasa saya sedang "menadah kitab", hadirin diberitahu oleh Tok Guru berkenaan tentang sepatutnya ada pengasingan kubur-kubur orang-orang tidak solat dengan orang-orang yang solat. Labelkan pula, "Kawasan Perkuburan Orang-orang tidak solat"...
Sepatutnya, kita takut pada orang-orang Islam yang tidak solat macam kita takutkan HIV juga...wallahu 'alam.

Monday, April 11, 2011

Perihal Makan


Kerapkali kita dengar ungkapan sinis masyarakat kita, "pada masa susah asyik fikir pasal hendak MAKAN APA HARI INI,...apabila sudah senang sikit mula fikir hendak MAKAN DI MANA HARI INI,...haa...bila sudah duduk di atas, perut selalu kenyang...cuma nafsu yang tak reti-reti kenyang, mula berfikir hendak MAKAN SIAPA HARI INI..."
"Jadilah orang yang selalu bertaubat dan redha dengan setiap kurniaan Allah pada kita. Wallahu 'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...