Wednesday, April 27, 2011

Tiadakah Sekelumit Sesal...?


Sesama muslim itu adalah bersaudara, jadi tergamakkah kita membuka keaiban orang lain demi keangkuhan dan kerakusan kita? Atau demi kelancaran dan kelicinan laluan kita mengejar kemewahan hidup?
Sungguhpun apa yg kita dedah dan hebohkan itu benar, kita tidak sepatutnya mengaibkannya sedemikian rupa. Ada kaedahnya bagi kita menolong saudara kita itu dari menghentikan perbuatannya itu.Seandainya segala pendedahan dan hebohan kita itu salah dan tidak betul, maka kita telah menfitnah saudara kita itu. Besar dosanya.
Teringat saya pada cerita seorang ustaz tentang kisah penumpang-penumpang bahtera Nabi Nuh. Kisah anjing yang langgar pesanan Nabi Nuh dan kisah kucing yang bercerita tentang perlakuan anjing itu, yang dikira sebagai membuka keaiban orang lain. Wallahu 'alam.

Saturday, April 23, 2011

Ingat 5 Perkara Sebelum Sampainya 5 Perkara : ...Hidup Sebelum Mati


Semalam, semasa saya baru pijak anak tangga pertama tangga panjang untuk ke atas bumbung rumah, saya didatangi oleh seorang bapa saudara saya (saya panggilnya Pak De. Pak De meminta saya menghubungi adik ipar saya bagi mendapatkan maklumat tentang ukuran panjang liang lahad yang akan disediakan bagi si mati, iaitu sepupu adik ipar saya. Pesan Pak De lagi, sakit si mati juga penggali kubur ingin tahu. Seperti yang terlintas di kepala saya, Pak De menghuraikan tanpa diminta, "Bukan apa...kalau sakit HIV tu...kuburnya akan digali jauh sedikit daripada kubur-kubur lain."
Saya teringat 23 tahun yang lalu semasa saya sedang "menadah kitab", hadirin diberitahu oleh Tok Guru berkenaan tentang sepatutnya ada pengasingan kubur-kubur orang-orang tidak solat dengan orang-orang yang solat. Labelkan pula, "Kawasan Perkuburan Orang-orang tidak solat"...
Sepatutnya, kita takut pada orang-orang Islam yang tidak solat macam kita takutkan HIV juga...wallahu 'alam.

Monday, April 11, 2011

Perihal Makan


Kerapkali kita dengar ungkapan sinis masyarakat kita, "pada masa susah asyik fikir pasal hendak MAKAN APA HARI INI,...apabila sudah senang sikit mula fikir hendak MAKAN DI MANA HARI INI,...haa...bila sudah duduk di atas, perut selalu kenyang...cuma nafsu yang tak reti-reti kenyang, mula berfikir hendak MAKAN SIAPA HARI INI..."
"Jadilah orang yang selalu bertaubat dan redha dengan setiap kurniaan Allah pada kita. Wallahu 'alam.

Wednesday, April 6, 2011

Bertopengkan manusia...


"Membujur lalu, melintang patah"...itulah agaknya politik manusia yang tak mahu mati dan tak sedar diri yang dirinya akan mati bila tiba masanya. Berpolitik "meyelak kain orang lain", berpolitik memijak dan meracun tikus orang lain. Manusia begini bukan sahaja zalim pada orang lain tetapi zalim pada diri sendiri. Kuasa Undi ada pada rakyat Malaysia...timbangkan dengan iman dan akal...wallahu 'alam.

Sunday, April 3, 2011

Semua Orang Tidak Sempurna...


Protes itu perlu bagi menyedarkan pihak yang bertanggungjawab akan masalah masyarakat yang perlu mereka fikirkan hasil daripada satu-satu keputusan mereka.Namun,protes itu biarlah betul dan bertempat jangan merelakan diambil kesempatan oleh tangan-tangan yang berkepentingan. Manusia yang tidak berakhlak bila terdesak sanggup 'makan kawan'...tanpa memikirkan kepentingan untuk orang lainwallahu 'alam.

Tuesday, March 29, 2011

Cakap Berderai-derai...Ekor Bergelumang Tahi...


"Asal buka mulut, celik mata buat dosa...", itulah yang bermain di fikiran saya bila mendengar siaran Kelantan FM dalam kereta tadi. Apa tidaknya, mulai Disember 1990 hingga kini asyik mengutuk Kerajaan Kelantan jer. Apa yang depa sebut "Kerajaan PAS Kelantan...", maknanya depa anggap Kerajaan Kelantan ni ada dua...satu Kerajaan PAS dan satu lagi tentulah kerajaan depa. bukan setakat tu...pi caghi responden-responden kononnya, ...kutuk sungguh-sungguh...Tapi saya tengok...banyak program dan idea-idea Kerajaan Kelantan yang depa ciplak...tiru...songlak...
Tengok Pajak gadai Islam, sistem perbankan Islam dan banyak lagi...Wallahu 'alam

Saturday, March 26, 2011

Apabila Nafsu Menguasai Diri...


Teringat pada zaman remaja saya dahulu (1979),seorang kakak minta tolong saya belikan dia sekotak tuala wanita. Sebelum penjual menyerahkan pada saya, dia bungkus dahulu kotak yang berisi tuala wanita itu dengan kertas surat khabar. Saya jadi hairan, mengapa begitu teliti sekali. Sedangkan benda itu sudah berada di dalam kotak. Itulah sikap orang-orang melayu pada masa dahulu. Kini, usahkan hendak bungkus malah cara memakaipun diajar melalui media. Tiada lagi sifat malu dan beradab. Bukan itu sahaja, tiada rasa bersalah dan berdosa menjaja serta mempengaruhi orang-orang lain supaya mempercayai cerita dan rakam video lucah mereka. Allah maha mengetahuinya. Wallahu 'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...