Thursday, April 2, 2015

KEJUTAN GST

Kelmarin aku singgah di kedai telefon, tauke berbangsa cina menggeleng-geleng, gadis melayu pekerjanya mengomel-ngomel, kawanku yang membeli sebuah telefon bimbit membeliakkan biji mata, aku yang membeli sim kad tergagau-gagau, semuanya kerana GST. Pada saat pak menteri membebel di kaca televisyen, GST tak akan bungkuskan IKS, seorang jiranku yang bekerja di IKS membuat kerepek pisang, dengan muka suram dan kelat memberitahu, dia kehilangan kerjanya, taukenya telah tiada minat untuk meneruskan perniagaannya lagi. Hari ini, ke mana kakiku melangkah, di situ ada ulasan GST, semuanya hambar, Aku semakin keliru, kalau GST membantu rakyat, kenapa harga melambung, kenapa semua rakyat sanggup menyerbu ke kedai pada malam 1 April 2015, semua barang di kedai habis diborong. Aku bingung ... GST... GST... gas memasak naik harga, kos penghantarannya ke rumah pun naik. GST? Aku menjadi semakin keliru, Semua orang keliru...

Friday, November 14, 2014

TENGKUJUH DATANG LAGI...

Musim tengkujuh menjelang lagi. Aku membesar di kawasan yang gerunkan musim ini. Setiap tahun rumahku ditenggelami air bah. Lantaran itu, aku dapat rasakan kegerunan dan keperitan insan yang seperti aku dahulu. Apa lagi ikhtiar yang kita ada? Setelah semuanya kita usahakan. Kita hanya anak bilis yang menumpang...

Saturday, January 11, 2014

Indahnya Hukuman Ciptaan Allah

Ramai orang sensitif terhadap kenaikan harga barang. Tidak kurang juga yang sensitif terhadap berbagai yang dianggap sebagai tindakan yang tidak adil. Sensitif terhadap agama dan sensitif terhadap tahap jenayah. Kepekaan ini seringkali membawa kepada perbahasan,dialog bahkan kepada demonstrasi. Sememangnya, kepekaan ini perlu pada diri setiap individu. Kita bagaikan satu jasad atau badan. Gigi sakit, mata tidak dapat pejam untuk tidur. Perut yang lapar, kaki tolong melangkah,tangan tolong menyuap,mulut tolong menggangga,hidung tolong menghidu dan berbagai lagi. Namun daripada kepekaan itu,saya belum nampak lagi kepekaan dan kesepakatan di antara kita tentang keperluan perlaksanaan hukum yang diamanahkan Allah, iaitu Hukum Hudud. Kita tahu ianya adil, kita tahu ianya termaktub di dalam al_quran dan kita tahu ianya wajib dilaksanakan. Malangnya, tiada tuntutan perlaksanaan untuknya seperti tuntutan terhadap lain-lain keperluan. Alangkah indah seandainya Hukum Hudud dilaksanakan kerana muktahir ini saya lihat, jenayah yang dilakukan seolah-olah menuntut Hukum Hudud dilaksanakan. Wallahu 'alam.

Thursday, October 31, 2013

Pengalaman Itu Berharga

Sudah lama saya tak kemaskini blog ni. Kekadang rasa rindu juga untuk berkongsi-kongsi pengalaman. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan di alam fana ini. Terlalu berharga... Sudah lebih 20 tahun saya berkhidmat,dari bandaraya ke bandar-bandar ibu negeri, ke daerah dan ke pedalaman. Cukup indah, dengan persekitaran kerja, masyarakat,kampung dan lainnya. Ada luka,ada ria dan macam rasa lagi. Itulah pengalaman.

Sunday, May 26, 2013

Apabila Perut Bercakap...

Hendak bercakap takutkan salah, kalau tidak bercakap lagi bersalah. Sudahlah bertarung di medan yang tidak adil dan sudah menzalimi pihak lawan. Malahan dituduh menzalimi kerajaan BN pula. Teringat kata-kata A.R Tompel dalam filem DO RE MI, "Sudahlah dihalau dari rumah, dituduh mencuri pulak..."

Sunday, February 24, 2013

Apabila Para Penerima BR1M 2.0 Diminta Bersumpah Laknat...

Apabila nafsu menguasai akal maka berlakulah tindakan yang tidak bertamadun ini. Jahil teropong orang panggil. Apa pula komen Sahibul Samahah yang berilmu tinggi dan bertaraf warak dalam isu ini? Tindakan keterlaluan ini amat mengundang amarah rakyat. Wallahu 'alam.

Wednesday, February 13, 2013

Masa Untuk Kosongkan Gelas

Sekarang masa untuk kosong gelas...menjelang PRU13 pelbagai jenis jus akan memenuhkan gelas itu. Hanya selera orang yang sihat sahaja akan dapat menentukan jus yang berkualiti. Wallahu 'alam.

Saturday, February 2, 2013

Makin Terasa...

Takbir... bahangnya makin terasa.

Wednesday, January 2, 2013

Tirai 2013 Masihi

Aku bersyukur dengan limpah rahmat dan nikmat-Nya. Setiap anugerah-Nya ada hikmatnya. Wallahu 'alam.

Wednesday, December 19, 2012

Apabila ahli agama rela "ditumpangkan"

Bila sudah dekat pilihanraya, semua berita meloyakan...hampas. Apa yang menyedihkan orang yang dipandang tinggi dalam agama dan diberi penghormatan oleh masyarakat turut "rela ditumpangkan sekali".

Tuesday, August 28, 2012

APABILA JAHAT MANUSIA MELEBIHI IBLIS

Sejahat-jahat iblis,dia pun takut berdampingan apatah lagi duduk dekat dengan manusia yang sewenang-sewenang memperlekeh dan mempermain-mainkan hukum Allah. Takut laknat Allah turut menimpanya. WALLAHU 'ALAM...

Wednesday, June 20, 2012

ALLAHU AKBAR

Allahu akbar...kalimah yang selalu diulang-ulang sama ada di dalam solat atau di luar solat agar kita merasa kekerdilan kita. Wallahu 'alam...

Monday, May 14, 2012

Berani Kerana Benar: Tahniah DS Nizar

Saya bangga dengan DS Nizar, 'berani kerana benar'. Nampaknya orang yang bagi ceramah itu 'takut kerana salah'. DS Nizar cuma hendak dengar apa yang dikatakan dirinya berbohong dan ingin muhasabah diri. Sepatutnya pihak yang menganjurkan ceramah mengalu-alukan kedatangan DS Nizar bukan menghalau. Ini untuk membuktikan dakwaan mereka betul.

Monday, April 23, 2012

Utamakan Amanah Allah dan Rakyat

Sejak tahun 1985 lagi saya ahli dan penyokong PAS. Berbagai pahit manis telah dilalui. Apa yang penting bagi saya perjuangan bagi mendaulatkan Islam. Saya rasa PAS perlu serius dalam memilih calon-calon DUN atau MPnya. Tradisi tangkap muat calon dengan memberi peluang kepada individu yang mempunyai populariti dari berbagai bidang rasanya tidak sesuai. Setiap calon membawa amanah Allah dan rakyat. Jangan gadaikan undi kami pada individu yang masih diragui. Jangan ulangi sepertimana terjadinya di Parlimen Pasir Mas.

Tuesday, February 28, 2012

Pahit Itu Ubat


Telan saja ler walaupun pahit, mungkin itu terbaik untuk kita. Ngapa dihuru-hara dan diharu-birukan benda-benda yang boleh dibawa berbincang? Memang kita sengaja memberi peluang kepada seteru-seteru yang sentiasa menunggu untuk menghancurkan jemaah kita. Kata perjuangan kita kerana Allah, jadi redhalah apa-apa yang tidak sama macam yang kita mahu. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan, maka terimalah seadanya.

Wednesday, February 22, 2012

Ada Juga Tidak Cerdiknya...

Apabila nafsu menguasai akal maka...

Wang rakyat yang hendak diagihkan semula kepada rakyat dipolitikkan.
Hasil negeri yang diperintah oleh warna politik lain dirampas namun pembangunan yang menjadi kewajipan dipinggirkan.
Berbangga dan tanpa segan silu melondehkan tentang kemiskinan negeri yang diperintah oleh warna lain tanpa sedar yang sebenarnya dia melondehkan kainnya sendiri.

Sunday, February 12, 2012

Makin Hampirnya PRU13

Apabila isu-isu kecil mula dibesar-besarkan dan ditokok tambah pula dengan rempah ratus fitnah, lantas banyaknya majlis penyerahan bantuan kepada rakyat maka itulah tanda-tandanya rakyat mula hendak diperbudak-budakkan...

Tuesday, December 20, 2011

Sumpah...menyampah

Ramai betul orang nak bersumpah sekarang ni untuk bersihkan nama. Walhal setiap hari sekurang-kurangnya 5 kali kita bersumpah di hadapan Allah, itu untuk bersihkan hati bukan nama. Setiap permulaan solat kita berikrar...tapi "tepuk dada tanya diri sendiri sejauh mana patuhnya kita..."
Kadangkala naik menyampah dengan sikap cabar mencabar suruh sumpah bagi membuktikan siapa yang betul...alahai...

Tuesday, December 13, 2011

Bila Lebihkan Dunia...

Pada saya, adanya orang yang sanggup mengarah, melakon dan apa-apa kaitannya dengan penghinaan terhadap hukum hudud kerana sikap orang yang mengaku Islam itu sendiri. Malahan sikap orang yang dipertanggungjawabkan menguruskan hal ehwal agama Islam itu sendiri.Mengapa dalam isu lain kita lantang mengkritik dan mendesak? Tetapi tidak dalam hudud? Tepuk dada, tanya iman. Wallahu 'alam.

Wednesday, October 19, 2011

Baling Batu Sembunyi Tangan


Tidak habis-habis dengan cerita menganiaya orang lain. Belumpun selesai dengan kes DSAI, timbul pula cerita Mat Sabu, belum reda isu itu, bangkit pula isu hudud. Belum sejuk isu itu bakar pula tentang kenyataan Prof. Dr. Aziz Bari. Belumpun seleasai isu ini bangkit pula isu anak KM PP. Yang jelas, semuanya ada agenda tersembunyi.

Analoginya, jikalau ada sekumpulan orang yang tersangat nakal dan selalu menganiaya orang lain di dalam sesebuah kampung maka jikalau terjadi sesuatu yang memang terang-terang dilakukan oleh manusia, logiknyalah masyarakat akan menuding tangan kepada kumpulan tersebut. Teringat saya pada awal tahun 80-an dahulu, semasa kami meraba-raba di dalam kegelapan malam mencari tempat duduk bagi mendengar ceramah anjuran Pas, sekonyong-konyong seorang sahabat yang sekarang sudah kembali ke rahmatullah bertempik;

"Cis! menatang U**O mana berak sini nih..." Sambil menggesel-gesel selipar jepunnya ke batu.
Rupa-rupanya, dia terpijak najis manusia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...