Thursday, April 2, 2015

KEJUTAN GST

Kelmarin aku singgah di kedai telefon, tauke berbangsa cina menggeleng-geleng, gadis melayu pekerjanya mengomel-ngomel, kawanku yang membeli sebuah telefon bimbit membeliakkan biji mata, aku yang membeli sim kad tergagau-gagau, semuanya kerana GST. Pada saat pak menteri membebel di kaca televisyen, GST tak akan bungkuskan IKS, seorang jiranku yang bekerja di IKS membuat kerepek pisang, dengan muka suram dan kelat memberitahu, dia kehilangan kerjanya, taukenya telah tiada minat untuk meneruskan perniagaannya lagi. Hari ini, ke mana kakiku melangkah, di situ ada ulasan GST, semuanya hambar, Aku semakin keliru, kalau GST membantu rakyat, kenapa harga melambung, kenapa semua rakyat sanggup menyerbu ke kedai pada malam 1 April 2015, semua barang di kedai habis diborong. Aku bingung ... GST... GST... gas memasak naik harga, kos penghantarannya ke rumah pun naik. GST? Aku menjadi semakin keliru, Semua orang keliru...

Friday, November 14, 2014

TENGKUJUH DATANG LAGI...

Musim tengkujuh menjelang lagi. Aku membesar di kawasan yang gerunkan musim ini. Setiap tahun rumahku ditenggelami air bah. Lantaran itu, aku dapat rasakan kegerunan dan keperitan insan yang seperti aku dahulu. Apa lagi ikhtiar yang kita ada? Setelah semuanya kita usahakan. Kita hanya anak bilis yang menumpang...

Saturday, January 11, 2014

Indahnya Hukuman Ciptaan Allah

Ramai orang sensitif terhadap kenaikan harga barang. Tidak kurang juga yang sensitif terhadap berbagai yang dianggap sebagai tindakan yang tidak adil. Sensitif terhadap agama dan sensitif terhadap tahap jenayah. Kepekaan ini seringkali membawa kepada perbahasan,dialog bahkan kepada demonstrasi. Sememangnya, kepekaan ini perlu pada diri setiap individu. Kita bagaikan satu jasad atau badan. Gigi sakit, mata tidak dapat pejam untuk tidur. Perut yang lapar, kaki tolong melangkah,tangan tolong menyuap,mulut tolong menggangga,hidung tolong menghidu dan berbagai lagi. Namun daripada kepekaan itu,saya belum nampak lagi kepekaan dan kesepakatan di antara kita tentang keperluan perlaksanaan hukum yang diamanahkan Allah, iaitu Hukum Hudud. Kita tahu ianya adil, kita tahu ianya termaktub di dalam al_quran dan kita tahu ianya wajib dilaksanakan. Malangnya, tiada tuntutan perlaksanaan untuknya seperti tuntutan terhadap lain-lain keperluan. Alangkah indah seandainya Hukum Hudud dilaksanakan kerana muktahir ini saya lihat, jenayah yang dilakukan seolah-olah menuntut Hukum Hudud dilaksanakan. Wallahu 'alam.

Thursday, October 31, 2013

Pengalaman Itu Berharga

Sudah lama saya tak kemaskini blog ni. Kekadang rasa rindu juga untuk berkongsi-kongsi pengalaman. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan di alam fana ini. Terlalu berharga... Sudah lebih 20 tahun saya berkhidmat,dari bandaraya ke bandar-bandar ibu negeri, ke daerah dan ke pedalaman. Cukup indah, dengan persekitaran kerja, masyarakat,kampung dan lainnya. Ada luka,ada ria dan macam rasa lagi. Itulah pengalaman.

Sunday, May 26, 2013

Apabila Perut Bercakap...

Hendak bercakap takutkan salah, kalau tidak bercakap lagi bersalah. Sudahlah bertarung di medan yang tidak adil dan sudah menzalimi pihak lawan. Malahan dituduh menzalimi kerajaan BN pula. Teringat kata-kata A.R Tompel dalam filem DO RE MI, "Sudahlah dihalau dari rumah, dituduh mencuri pulak..."

Sunday, February 24, 2013

Apabila Para Penerima BR1M 2.0 Diminta Bersumpah Laknat...

Apabila nafsu menguasai akal maka berlakulah tindakan yang tidak bertamadun ini. Jahil teropong orang panggil. Apa pula komen Sahibul Samahah yang berilmu tinggi dan bertaraf warak dalam isu ini? Tindakan keterlaluan ini amat mengundang amarah rakyat. Wallahu 'alam.

Wednesday, February 13, 2013

Masa Untuk Kosongkan Gelas

Sekarang masa untuk kosong gelas...menjelang PRU13 pelbagai jenis jus akan memenuhkan gelas itu. Hanya selera orang yang sihat sahaja akan dapat menentukan jus yang berkualiti. Wallahu 'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...